Konflik Akmal dan Pemuda DAP cerminkan kepimpinan orang muda dalam parti – Penganalisis

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Konflik antara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang mencetuskan persoalan serius berkait isu ketelusan, kepimpinan muda, kata Penganalisis Sosiopolitik Datuk Profesor Dr Azman Awang.

Katanya, pertelingkahan antara kedua-dua pemimpin itu secara tidak langsung menimbulkan persoalan bagaimana rakyat boleh memahami sempadan antara kritik dan pemecahan serta kematangan kebijaksanaan dalam membuat kritikan dan teguran.

Berkata kepada Malaysia Bangkit, beliau menyifatkan bahawa betapa pentingnya teguran Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap kedua-dua pemimpin terbabit.

“Teguran Zahid pada intinya merupakan panggilan penting agar semangat kerjasama tidak terkorbankan oleh sikap politik populis dan oportunis yang dilihat boleh merosakkan keharmonian dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Awang Azman menjelaskan bahawa ia supaya semangat kerjasama tidak terkorbankan oleh mana-mana sikap politik populis dan oportunis.

Bagaimanapun katanya, tindakan tersebut harus diseimbangkan dengan prinsip demokrasi internal iaitu membolehkan suara-suara kritis mereka disampaikan dengan hormat atau saluran tertutup.

Sebelum ini, media melaporkan Ahmad Zahid menggesa Ketua Pemuda partinya, Akmal Saleh, serta kepimpinan Pemuda DAP supaya menghentikan pertelagahan terbuka yang boleh menjejaskan keharmonian dalam kerajaan perpaduan.

Zahid menegaskan, keputusan yang dibuat di peringkat tertinggi parti perlu dipatuhi semua pihak tanpa kompromi demi menjaga kesepakatan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat