ATM batal pembelian helikopter Black Hawk

PETALING JAYA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membatalkan pembelian empat helikopter Black Hawk bernilai kira-kira RM187 juta selepas mengambil maklum titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar, berkata keputusan itu dibuat selaras dengan peringatan baginda mengenai cadangan pembelian pesawat lama yang berusia lebih 30 tahun.

“ATM sentiasa menjunjung titah Tuanku. Kita tidak akan mengusulkan pembelian Black Hawk kerana sudah maklum hasrat baginda. Tender juga sudah dikeluarkan,” katanya, memetik berita tempatan.

Sabtu lalu, Sultan Ibrahim menegaskan Kementerian Pertahanan perlu membatalkan cadangan pembelian Black Hawk lama dan tidak mengulangi kesilapan terdahulu.

Baginda mengingatkan pengalaman pembelian pesawat Sky Hawk secara terpakai wajar dijadikan pengajaran.

“Jangan ulang kesilapan dahulu apabila kita beli pesawat Sky Hawk secara ‘second hand’.

“Adakah kita hendak letak juruterbang kita dalam ‘keranda terbang’? Awak fikirlah sendiri,” titah baginda dalam catatan di Facebook.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat