PM hulur sumbangan wakil cilik Malaysia di Kejohanan Karate Asia ke-23

Oleh: Tyah Helmi

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan dan dukungan penuh kepada Wakil Cilik Malaysia Kejohanan Karate Asia ke-23, kategori Kadet, Junior & U21, Abdul Rayyan Shah Zulfaqqar, yang berlangsung di Shaoguan, China pada bulan September ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Farhan Fauzi di laman Facebooknya pada Jumaat yang turut sempat mendengar sendiri kisah perjalanan serta prestasi cemerlang Rayyan di pentas antarabangsa itu.

“Dalam pertemuan ini, saya sempat mendengar sendiri kisah perjalanan serta prestasi cemerlang Rayyan dalam dunia karate. Kehadirannya bersama keluarga memperlihatkan betapa kuatnya sokongan di belakang seorang atlet muda yang sedang mencipta nama.

“Bagi pihak YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya menyampaikan sumbangan sebagai tanda sokongan dan dukungan penuh terhadap usaha serta perjuangan Rayyan,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat