Kubur Syamsul Haris Digali Semula, Bedah Siasat Kedua Esok

PETALING JAYA: Proses menggali semula kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Syamsul Haris Shamsudin, selesai kira-kira jam 9.15 pagi tadi.

Menurut laporan media tempatan, kerja penggalian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu bermula jam 8 pagi sebelum jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tujuan bedah siasat.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan ibu Allahyarham, Ummu Haiman Bee Daulatgun, untuk mengadakan bedah siasat kedua terhadap anak sulungnya itu.

Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet membuat keputusan tersebut pada 26 Ogos lalu.

Bedah siasat kedua dijadualkan berlangsung esok di HKL oleh pakar forensik dengan kehadiran peguam serta keluarga terdekat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar, mengesahkan kes ini kini diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Bukit Aman berkuat kuasa serta-merta.

Syamsul Haris meninggal dunia pada 28 Julai lalu ketika menjalani latihan di PULADA, Ulu Tiram, sebelum dikebumikan sehari kemudian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat