Nurul Izzah Ajak Rakyat Sertai Inisiatif ‘Pass It Forward’ Sempena Merdeka ke-68

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Penasihat kepada Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar menyeru rakyat Malaysia agar menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dengan semangat memberi semula kepada masyarakat melalui inisiatif ‘Pass It Forward’.

Menurut beliau, sumbangan kecil bernilai RM100 mungkin dianggap tidak besar bagi mereka yang hidup serba cukup, tetapi mampu memberi makna besar kepada keluarga kurang berkemampuan.

“RM100 boleh jadi rezeki yang mengenyangkan perut anak-anak dan keluarga tersayang. Saya berpakat dengan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, untuk menyumbangkan RM100 yang kami terima kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Nurul Izzah turut mengajak rakan-rakan pimpinan PKR serta masyarakat umum untuk menyertai inisiatif itu dengan menyalurkan sumbangan dan mengajak rakan-rakan lain supaya lebih ramai keluarga susah dapat dibantu.

“Merdeka bukan sekadar slogan, tetapi hasil perjuangan kita bersama. Tiba masanya untuk kita memberi semula kepada rakyat yang hidup dalam kesempitan. Jangan biarkan sesiapa pun tersisih,” tegasnya.

Beliau berharap semangat Pass It Forward’ dapat menyatukan rakyat dalam semangat solidariti, memastikan setiap keluarga berhak menikmati hidangan di meja mereka.

“Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-68, teman-teman!” katanya menutup perutusan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat