Anwar Tiba Di Tianjin, Hadiri Sidang Kemuncak SCO

TIANJIN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Tianjin petang ini bagi memulakan lawatan kerja empat hari ke China atas undangan Presiden Xi Jinping.

Menurut pejabat perdana menteri, Anwar dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Xi, mesyuarat dua hala dengan Premier Li Qiang serta menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO).

Dalam catatan di media sosial, Anwar berkata lawatan itu akan dimanfaatkan untuk memperkukuh persahabatan Malaysia-China selain melonjak kerjasama dalam bidang pelaburan, perdagangan dan sektor lain.

Lawatan kali ini turut menjadi perhatian kerana ia berlangsung ketika Beijing memperkukuh pengaruh melalui SCO – blok keselamatan dan ekonomi yang semakin mencabar dominasi Barat.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat