Pempengaruh Kanada puji Malaysia, semua tempat ada ruang solat

MALAYSIA terus menjadi destinasi pilihan pelancong Muslim kerana kemudahan ruang solat yang tersedia hampir di setiap lokasi, termasuk di lapangan terbang, pusat beli-belah, pejabat dan tempat pelancongan utama.

Pempengaruh dari Kanada, Will & Sana Saleh berkata ia bukan sahaja memberi keselesaan kepada pelancong Muslim, malah perkukuh imej Malaysia sebagai negara mesra Islam yang inklusif dan terbuka kepada pelbagai budaya.

“Saya suka datang ke Malaysia kerana saya boleh solat di mana-mana. Tak perlu risau cari surau atau masjid,” kata pasangan suami isteri yang mempunyai 1.9 juta pengikut di Instagram.

Keunikan ini secara tidak langsung telah menarik ramai pelancong luar yang mencari destinasi mesra Muslim, terutamanya dari Eropah dan Asia Barat, yang mahukan percutian selesa tanpa mengorbankan gaya hidup Islam.

Inisiatif menyediakan kemudahan solat di lokasi awam memberi impak besar kepada industri pelancongan negara. Ia menjadikan Malaysia berbeza berbanding negara pelancongan lain yang kurang menitikberatkan keperluan spiritual pelancong Muslim.

Malaysia dikenali sebagai negara berbilang kaum dan agama, namun kemudahan untuk umat Islam sentiasa diberi keutamaan sekali gus menarik pelancong antarabangsa yang mahu melancong tanpa meninggalkan prinsip agama Islam.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat