KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesan serta menutup 31 akaun palsu di Facebook yang dikesan menyalahgunakan nama Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).
Dalam kenyataan pada Khamis, MCMC berkata tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja mengelirukan masyarakat, malah mengganggu usaha NSRC melindungi orang ramai daripada jenayah penipuan dalam talian.
“Maklumat rasmi mengenai NSRC hanya boleh diperoleh melalui saluran agensi penguat kuasa yang sah. Justeru, orang ramai disaran berwaspada serta segera melaporkan sebarang akaun atau mesej mencurigakan kepada pihak berkuasa,” jelas kenyataan itu.
MCMC menegaskan pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), NSRC dan penyedia platform media sosial bagi mengekang penyebaran akaun palsu serta maklumat tidak sahih, demi memastikan keselamatan pengguna internet di negara ini.
Baca juga: