BANGKOK: Parlimen Thailand hari ini memilih Anutin Charnvirakul sebagai Perdana Menteri baharu selepas memperoleh majoriti undi menewaskan calon Parti Pheu Thai, Chaikasem Nitisiri.
Anutin, 58, mendapat sokongan 146 undi daripada parti Bhumjaithai dan sekutunya, manakala 143 ahli Parlimen Parti Rakyat turut menyokong beliau. Ini adalah pemilihan pertama perdana menteri di Parlimen sejak 2019.
Bekas timbalan perdana menteri itu pernah memegang portfolio menteri dalam negeri dan menteri kesihatan. Beliau dikenali dengan langkah menghalalkan ganja pada 2022, dasar yang kini diperketatkan untuk tujuan perubatan.
Anutin sebelum ini menyokong gabungan Paetongtarn Shinawatra, namun menarik diri selepas krisis sempadan dengan Kemboja mencetuskan kemarahan rakyat.
Pada 29 Ogos lalu, Mahkamah Perlembagaan memutuskan Paetongtarn melanggar etika menteri dan menamatkan pemerintahannya selepas hanya setahun berkuasa.
Baca juga: