Pita Limjanroenrat optimis ingin jawatan PM Thailand

Pemimpin Parti Move Forward (MFP), Pita Limjaroenrat berikrar untuk bertanding jawatan Perdana Menteri semula sekali gus menentang kuasa konservatif yang menghalangnya daripada tugas awal tahun ini.

Meskipun berdepan dengna kes mahkamah, perkara itu tidak menghadkan keinginan pemimpin berusia 43 tahun itu untuk mencapai impiannya.

Pada Pilihan Raya Umum Mei lalu, Pita memperoleh sokongan daripada golongan muda Thailand.

Namun, Pita dihalang daripada menjadi Perdana Menteri oleh blok diraja dan pro-tentera yang menentang agenda reformisnya itu.

Bekas sekutu MFP, Pheu Thai kemudian membentuk kerajaan campuran dengan parti-parti yang berkaitan dengan tentera meninggalkan pencabar progresif kembali di blok pembangkang.

Pita juga menghadapi cabaran undang-undang yang dilemparkan kepadanya selepas pilihan raya, menyebabkan beliau dilarang bertanding selama bertahun-tahun.

Bagaimanapun, menurut laporan media antarabangsa, AFP, Pita berikrar untuk sekali lagi bertanding bagi jawatan Perdana Menteri Thailand.

“Saya hanya menunggu masa untuk bertanding semula kerana selama ini tidak pernah putus asa berjuang,” ujarnya.

MFP memenangi kerusi terbanyak pada Pilihan Raya Umum 14 Mei lalu, bagaimanapun gagal mencapai majoriti.

Calon Perdana Menteri memerlukan majoriti di kedua-dua Dewan Parlimen dan ketika itu Pita tidak mendapat jumlah undi yang cukup untuk mengatasi pihak pembangkang dalam Senat yang dilantik oleh junta.

Beliau kehilangan undi pertama, sebelum disekat daripada bertanding dalam undi kedua untuk jawatan Perdana Menteri dan digantung sebagai Ahli Parlimen oleh Mahkamah Perlembagaan kerana pemilikan saham media yang dilarang untuk penggubal undang-undang di bawah undang-undang Thailand. – Agensi

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat