Kerajaan setuju pisahkan kuasa AGC dan Pendakwa Raya – Fahmi

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Kerajaan Madani sebulat suara secara dasar untuk memisahkan peranan dan kuasa Peguam Negara (AGC) dan Pendakwa Raya dengan sepenuhnya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil bahawa ia hasil mesyuarat jemaah menteri yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Jemaah Menteri pada hari ini juga telah membuat satu keputusan yang sangat bersejarah di mana kerajaan telah bersetuju secara dasar untuk mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya secara sepenuhnya.

“Setelah memberi pertimbangan yang menyeluruh, Jemaah Menteri telah memutuskan untuk melaksanakan cadangan pengasingan penuh di mana kedua-dua jawatan ini diwujudkan secara berasingan dan setara dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam Sidang Media Mingguan pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan bahawa keputusan itu juga dibuat selepas pertimbangan menyeluruh ke atas laporan akhir serta hala tuju yang dikemukakan oleh Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif yang dipengerusikan oleh Azalina Othman.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat