SEPANG: Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar memberi jaminan akan ada berita baik buat penjawat awam dan rakyat dalam Belanjawan 2026 yang dijadual dibentangkan bulan depan.
“Mesti ada berita baik, tetapi saya belum boleh berkongsi. (Ia) tidak mengecewakan… untuk penjawat awam, untuk rakyat,” katanya seperti dipetik Free Malaysia Today.
Pada Ogos tahun lalu, kerajaan mengumumkan penjawat awam dalam kumpulan pengurusan tertinggi akan menerima kenaikan gaji tujuh peratus di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) baharu, manakala kumpulan pelaksana serta pengurusan dan profesional menikmati kenaikan 15 peratus.
Pelaksanaan kenaikan itu dilakukan secara berperingkat dengan fasa pertama bermula Disember 2024, diikuti fasa kedua pada Januari 2026.
Mengikut jadual, kumpulan pelaksana serta pengurusan dan profesional menerima kenaikan lapan peratus dalam fasa pertama, manakala tujuh peratus pada fasa kedua.
Baca juga:








