Anwar Jemput PM Thailand Anutin Lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput Perdana Menteri Thailand yang baharu, Anutin Charnvirakul untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selepas beliau memulakan tugas secara rasmi.

Menurut Anwar dalam satu hantaran di Facebook, jemputan itu disampaikan menerusi panggilan telefon pada Khamis, sebagai usaha mempererat hubungan dua hala antara kedua-dua negara jiran.

“Kami turut membincangkan perkembangan terkini di sempadan Thailand–Kemboja. Saya menekankan kepentingan semua pihak mengekalkan ketenteraman dan mengelakkan perbezaan pendapat daripada mencetuskan ketegangan yang tidak perlu.

“Segala isu wajar dibawa ke meja rundingan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama (JBC). Malaysia percaya semangat dialog, diplomasi dan persefahaman adalah jalan terbaik bagi menjamin keamanan serta kestabilan serantau,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat