NEW YORK: Perancis akhirnya memutuskan untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat yang merdeka.
Perkara itu diumumkan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron di Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa yang turut berkata, kini sudah tiba masanya dunia untuk memikul apa-apa tanggungjawab yang termampu demi penyelesaian konflik Palestin.
“Kita memikul tanggungjawab ini untuk melakukan segala yang termampu demi memastikan penyelesaian dua negara kekal menjadi kenyataan.
“Hari ini, saya mengisytiharkan bahawa Perancis mengiktiraf negara Palestin,” katanya.
Susulan langkah terbaharu Perancis itu ia menjadikan jumlah negara anggota PBB yang mengiktiraf Palestin meningkat kepada 153 daripada 193 negara, iaitu lebih 80 peratus komuniti antarabangsa.
Semakin banyak negara dunia mula mengiktiraf kedaulatan negara Palestin ia secara tidak langsung meningkatkan tekanan diplomatik terhadap rejim haram Israel.
Negara haram itu secara terus melancarkan perang di Gaza, sehingga menyebabkan lebih 65,300 penduduk Palestin terbunuh dan wilayah itu musnah hampir sepenuhnya.
Baca juga: