Lebih 3,500 Pesakit Dipindahkan Akibat Tanah Mendap Depan Hospital Bangkok

BANGKOK: Tanah mendap sedalam kira-kira 50 meter dengan keluasan 30×30 meter dikesan di hadapan Hospital Vajira, Dusit, pagi tadi, memaksa lebih 3,500 pesakit dipindahkan.

Insiden jam 7.13 pagi waktu tempatan itu turut menyebabkan perkhidmatan pesakit luar digantung sementara. Dua tiang elektrik dan sebuah kenderaan polis turut terperangkap dalam lubang berkenaan.

Penduduk di beberapa pangsapuri berdekatan juga diarahkan berpindah sebagai langkah berjaga-jaga. Laluan trafik utama antara simpang Vajira dan Sanghi ditutup sepenuhnya, sekali gus menimbulkan kesesakan teruk di sekitar Jambatan Krung Thon.

Metropolitan Electricity Authority (MEA) bersama pasukan penyelamat dikerahkan bagi menstabilkan kawasan dan memulihkan aliran trafik.

Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt, turun padang menilai situasi dan mengarahkan siasatan segera dijalankan.

Difahamkan, kawasan berkenaan sebelum ini merupakan tapak pembinaan sambungan MRT Laluan Ungu, namun pihak berkuasa masih belum mengesahkan kaitannya dengan insiden berkenaan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat