KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan pada 10 Oktober depan akan terus menumpukan kepada usaha membantu rakyat, memperkukuh ekonomi serta memastikan kesejahteraan seluruh lapisan masyarakat.
Menurut beliau, hasil bumi Malaysia yang melimpah ruah sebenarnya cukup untuk menjamin kehidupan selesa rakyat, namun keadaan itu akan tergugat jika kekayaan negara dibolot oleh segelintir pihak yang tamak.
“Hasil bumi Malaysia yang melimpah ruah sebenarnya cukup untuk semua rakyat hidup selesa.Ia mengingatkan kita bahawa hasil bumi Malaysia yang melimpah ruah sebenarnya cukup untuk semua rakyat hidup selesa.
“Namun jika kekayaan negara dibolot oleh segelintir yang tamak, rakyatlah yang akhirnya merana. Justeru, saya ingatkan agar kita mesti berdiri teguh menyokong pemimpin yang tidak merompak harta negara,”katanya dalam satu hantaran di Facebook, pada Sabtu.
Anwar turut menegaskan bahawa kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri membuahkan hasil, termasuk menyelesaikan pelbagai masalah rakyat serta membawa manfaat untuk semua.
“Insya-Allah, 10 Oktober ini, Belanjawan 2026 akan terus memperlihatkan iltizam Kerajaan MADANI merencana pendekatan terbaik demi membantu rakyat, memperkukuh ekonomi serta memastikan kesejahteraan seluruh lapisan masyarakat,” katanya.
Baca juga: