‘Berhimpun’ di KLCC Park, pelancong Indonesia dihalau Polis Bantuan, tempat tu bukan ‘Public Space’

TULAR di Thread apabila sekumpulan pelancong dari Indonesia dilihat berkumpul di KLCC Park seolah-olah seperti di Monas, Jakarta.

Namun, aktiviti mereka tidak bertahan lama apabila anggota Polis Bantuan yang bertugas segera menegur dan mengarahkan mereka bersurai.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Thread, Ahmad Syauqi Abdul Razak, yang berkata pelancong terbabit mungkin tidak tahu bahawa kawasan itu tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.

“Mereka ingat KLCC Park tempat awam macam Monas. Malah rakyat Malaysia sendiri pun perlu ada kebenaran untuk berkumpul di taman ini. Mereka terus bersurai selepas ditegur. Mungkin sebab tak tahu,” tulisnya.

Isu itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang status sebenar KLCC Park.

Seorang lagi pengguna, Wan Hazriq, menjelaskan bahawa KLCC Park bukanlah ruang awam sepenuhnya seperti yang disangka ramai.

“KLCC Park ini sebenarnya ruang persendirian yang dibuka kepada orang awam. Kalau nak buat aktiviti, kena ada surat kebenaran daripada pihak pengurusan”

“Saya dulu buat ‘bootcamp’ pun kena tulis surat rasmi, tapi mereka baik… tak pernah minta bayaran pun, cuma kena jaga kebersihan. Malah mereka siap keluarkan surat kebenaran lagi,” katanya.

Perkongsian itu sekali gus membuka mata orang ramai bahawa walaupun KLCC Park dibuka untuk dikunjungi, ia tetap tertakluk kepada peraturan pengurusan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat