LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan tiga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel tidak dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Malaysia susulan keputusan penggantungan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
MFL dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima pemakluman rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai hukuman penggantungan 12 bulan yang dikenakan FIFA terhadap tujuh pemain warisan.
“Berdasarkan keputusan FIFA itu, MFL mengesahkan bahawa tiga pemain JDT terbabit tidak boleh diturunkan dalam mana-mana pertandingan Liga Malaysia sepanjang tempoh penggantungan.
“Tindakan lanjut hanya akan diambil MFL selepas keputusan rayuan FAM diumumkan oleh FIFA,” menurut kenyataan itu, pada Isnin.
Selain penggantungan, Jawatankuasa Disiplin FIFA turut mengenakan denda CHF2,000 (kira-kira RM10,000) kepada setiap pemain, manakala FAM diarahkan membayar denda CHF350,000 (sekitar RM1.8 juta).
Baca juga:








