GSF lambang misi kemanusiaan sejagat – Agong

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menegaskan misi Global Sumud Flotilla (GSF) merupakan contoh murni perjuangan kemanusiaan tanpa batas, khususnya dalam membantu golongan yang terjejas akibat kebuluran termasuk warga emas, wanita dan kanak-kanak di Gaza.

Baginda bertitah, para sukarelawan termasuk rakyat Malaysia yang menyertai misi itu sanggup menggalas risiko serta cabaran demi membawa mesej persaudaraan dan solidariti ke peringkat antarabangsa.

“Mereka hanya menjalankan misi kemanusiaan membawa bekalan makanan, namun dihalang dan ditahan. Tindakan ini jelas bertentangan dengan nilai kemanusiaan sejagat.

“Pada hari ini, saya telah mendapatkan taklimat terkini mengenai perkembangan semasa GSF termasuk usaha kerajaan bagi membebaskan sukarelawan kita. Semoga segala usaha murni ini dipermudahkan dan dilindungi Allah Subhanahu Wa Ta’ala,” titah Seri Paduka Baginda dalam kenyataan dikeluarkan Royal Press Office, hari ini.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat