Bersuara untuk Palestin bukan keganasan, ia kemanusiaan – Greta Thunberg

AKTIVIS iklim terkenal Sweden, Greta Thunberg mengecam pemimpin antarabangsa selepas dibebaskan daripada tahanan Israel, dengan mendakwa penahanannya mencerminkan kegagalan dunia bertindak terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.

Greta yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) menegaskan usaha itu bukan gimik politik, sebaliknya satu misi aman bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan serta menegakkan hak asasi rakyat Palestin.

“Ramai rakan kami dalam misi flotilla masih dipenjara dan perlu dibebaskan segera. Tetapi kisah sebenar bukan tentang kami, sebaliknya tentang ribuan rakyat Palestin yang terus ditahan tanpa perbicaraan,” katanya dalam satu hantaran video.

Beliau turut menuduh Israel melanggar undang-undang antarabangsa apabila menghentikan bantuan kemanusiaan daripada memasuki Gaza dan menyerang infrastruktur asas penduduk di wilayah itu.

“Berjuta-juta rakyat Palestin hidup di bawah sistem apartheid yang menafikan hak mereka terhadap sumber air, makanan, dan pendidikan. Dunia tidak boleh terus berdiam diri,” tegasnya.

Greta turut menolak dakwaan bahawa misi flotilla mempunyai kaitan dengan Hamas, sambil menegaskan mereka beroperasi secara aman dan mematuhi undang-undang antarabangsa.

“Tidak ada manusia yang lebih bernilai daripada yang lain. Menyuarakan keadilan untuk Palestin bukan keganasan, ia adalah kemanusiaan,” katanya lagi.

Misi Global Sumud Flotilla disertai aktivis kemanusiaan dari pelbagai negara termasuk Malaysia, dengan tujuan menghantar bantuan makanan dan perubatan ke Gaza. Pasukan itu ditahan pihak berkuasa Israel bulan lalu sebelum dibebaskan secara berperingkat.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat