Anwar: Belanjawan 2026 usaha bela rakyat, perkukuh ekonomi

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa media memainkan peranan penting dalam menyampaikan naratif reformasi dan agenda perubahan negara kepada rakyat.

Beliau berkata demikian ketika memberikan taklimat khas kepada rakan-rakan media berhubung Belanjawan MADANI 2026 pada Rabu, menjelang pembentangan rasmi di Parlimen Jumaat ini.

Menurut Anwar, Belanjawan MADANI bukan sekadar dokumen kewangan tahunan, tetapi mencerminkan keutamaan kerajaan serta hala tuju negara bagi tahun mendatang.

“Belanjawan ini menggambarkan usaha kerajaan untuk membela rakyat, memperkukuh ekonomi dan memperteguh asas negara yang mapan serta inklusif,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau turut menyifatkan penglibatan media sebagai sebahagian daripada ekosistem reformasi yang sedang digerakkan kerajaan, bagi memastikan mesej dan dasar MADANI dapat difahami dengan jelas oleh masyarakat.

Anwar dijangka membentangkan Belanjawan MADANI Keempat pada Jumaat ini dengan tumpuan kepada kesejahteraan rakyat, daya tahan ekonomi dan strategi fiskal jangka panjang yang seimbang.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat