Nama anak personaliti televisyen tersohor, Allahyarham Aziz Desa, Zhiddin Aziz hangat diperkatakan setelah dia meluahkan rasa kesal dan mendakwa anugerah bagi kategori Ikon Belia, Anugerah Belia Negara (APBN) 2023 digugurkan pada saat akhir.
Perkara tersebut menarik perhatian banyak pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan.
Bagaimanapun, terbaharu, dia yang disenaraikan sebagai finalis kategori Ikon Belia Influencer (Media Sosial) dikritik melibatkan tata cara penulisan sewaktu membalas kiriman emel secretariat APBN berhubung format gambar yang diminta.
Berdasarkan perkongsian di X, gaya penulisan Zhiddin yang menggunakan huruf besar dikatakan bertentangan dengan protocol memandangkan perkara itu melibatkan urusan rasmi iaitu MAS ZHIDDIN ZHIDDAN BIN ABDUL AZID ANUGERAH IKON BELIA INFLUENCER.
Susulan perkara itu, Zhiddin membuat permohonan maaf kepada pihak yang terlibat berkaitan tindakannya itu.
“Saya Mas Zhiddin Zhiddan ingin memohon maaf kepada pihak berkaitan atas kedangkalan tata saya tika meng-e-melkan (menghantar kiriman emel) maklumat yang diperlukan.
“Sebening jiwa saya tidak berniat ingin mambalik abad, sejujurnya perkara tersebut terjadi kerana kesilapan saya yang terlepas pandang,” jelasnya di ruangan komen dalam satu hantaran di TikTok.
Kritikan tersebut dipercayai kerana kiriman emel dihantarnya melibatkan foto dengan resolusi tinggi seperti diminta pihak penganjur.
Untuk rekod, susulan insiden tersebut tular, pihak penganjur Sekretariat APBN tampil memberikan penjelasan bahawa Jawatankuasa Pengesahan Pemenang APBN sebulat suara memutuskan tiada pemenang bagi dua kategori dipertandingkan, iaitu Ikon Belia Influencer (Media Sosial) dan Ikon Belia Sanjungan Budi.
Hal itu disebabkan tiada calon yang memenuhi kriteria ditetapkan.
Baca juga: