Tiket Konsert Inteam di Axiata Arena Hampir Habis Terjual

FENOMENA Inteam terus menjadi bualan apabila tiket bagi Konsert Inteam Nur Kasih 25 Tahun di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 1 Februari 2026 kini hampir ‘sold out’ hanya beberapa jam selepas jualan dibuka sejak Jumaat.

Menerusi kemas kini di laman rasmi Inteam dan penganjur Icon Entertainment, kategori tiket paling rendah “Dia” berharga RM168 disahkan habis terjual (SOLD OUT) menjelang jam 2.30 petang.

Selain itu, beberapa bahagian lain turut mencatat jualan pantas dengan kategori Blok 318 (RM328), Selimut Kasih (RM388) dan Nur Kasih (RM428) dilaporkan “selling fast susulan sambutan luar biasa peminat.

“Alhamdulillah, setakat 2.30 petang ada beberapa kategori yang telah SOLD OUT. Terima kasih atas sokongan semua. Cepat sebelum habis!” demikian perkongsian Inteam di media sosial rasmi kumpulan itu.

Konsert yang dijadualkan berlangsung di arena berkapasiti 9,500 tempat duduk itu bakal menjadi penampilan terbesar Inteam sepanjang 25 tahun karier mereka, selepas kejayaan konsert “Kasih Kekasih” di Idea Live Arena, Damansara Intan pada September lalu.

Bakal menampilkan empat anggota asal, Hazamin Harun, Mohd Syahril Abdul Khalid, Abdul Rahim Osman dan Hisyam Ahmad, konsert ini dijangka mengetengahkan susunan muzik baharu, segmen khas nostalgia, serta persembahan istimewa bersama rakan artis jemputan.

Tiket boleh didapati hingga melalui pautan rasmi www.ticket2u.com.my/InteamNurKasih

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat