Tulang Kata diminta jadi rappers saja, usah kait Trump dan Madani

DEK kerana tidak berpuas hati dengan kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Malaysia, pemuisi muda yang dikenali sebagai Tulang Kata menggelarkan Kerajaan Madani sebagai ‘penjilat’.

Dengan menyebut penutupan jalan serta penutupan transit aliran ringan (LRT) lalu mendakwa ianya sebagai arahan untuk menyekat rakyat Malaysia yang mahu membuat himpunan bantahan terhadap kedatangan Trump itu.

“Punya takut imej negara tercalar di mata Trump sampai tutup LRT Stations. 9am tutup, 4pm tutup lagi. Takut kebenaran atau takut tarif? #jilat,” tulisnya di IG Stories.

Turut dikenali sebagai penyair dan rapper, Tulang Kata atau nama penuhnya Taufiq Azhar menyatakan bahawa Kerajaan tiada maruah walaupun atas nama diplomasi.

“Buta mata, buta hati, buta perut jika tak nampak Trump tengah ‘nganjing’ kita semua with that stupid cringy moves,” katanya lagi.

Bersama satu lagi badan bukan kerajaan (NGO), Gerakan Gabungan Anti-Imperialis (GEGAR), mereka terpaksa menukar lokasi bagi himpunan bantahan Trump.

Dalam pada itu, beberapa orang warga maya menyifatkan Tulang Kata sekadar ‘sembang’ bercerita mengenai perjuangan mengenai Palestin namun menggunakan kata-kata kesat.

“Aku technician LRT Kelana Jaya line. Ko punya statement salah. Takda kaitan dengan Trump,” kata @the_nuaaa.

“Better fokus dengan dunia rap ja kot, takyah nak borak politik kalau tak tau sebab apa gov buat macam tu,” tulis @mirolgunther lagi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat