Trump kata Israel berhak serang balas jika diserang Hamas

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menegaskan bahawa pelan gencatan senjata yang dirancang AS di Gaza masih kekal utuh walaupun terdapat tempatan mendakwa serangan udara Israel telah mengorbankan sekurang-kurangnya 26 orang.

Memetik Reuters, serangan itu berlaku selepas Israel menuduh kumpulan pejuang Palestin Hamas melanggar perjanjian gencatan senjata yang baru berusia tiga minggu perjanjian yang sebelum ini dimeterai hasil rundingan yang dipimpin Trump.

Manakala pihak berkuasa kesihatan Gaza pula memaklumkan, serangan udara Israel pada Selasa telah membunuh sekurang-kurangnya 26 maut, termasuk lima mangsa di sebuah rumah di Kem Pelarian Bureij, empat di sebuah bangunan di kawasan Sabra, Gaza City, dan lima lagi di dalam sebuah kenderaan di Khan Younis.

“Saya difahamkan mereka (Hamas) telah membunuh seorang askar Israel.

“Jadi Israel bertindak balas, dan mereka berhak untuk berbuat demikian.

Jika diserang, mereka harus bertindak balas,” kata Trump.

Trump turut menegaskan bahawa gencatan senjata itu tidak akan terjejas.

“Tiada apa yang akan menjejaskan gencatan senjata ini.

“Namun, perlu difahami bahawa Hamas hanyalah sebahagian kecil dalam usaha keamanan di Timur Tengah dan mereka perlu berkelakuan dengan sewajarnya,” katanya lagi.

Namun berlainan, pula rakyat Palestin yang menjadi saksi di Gaza melaporkan serangan udara Israel berterusan pada pagi Rabu.

Negara haram Israel setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung serangan tersebut, namun Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu sebelum itu memaklumkan bahawa beliau telah mengarahkan tindakan balas yang disifatkan ‘kuat dan segera’.

Anda Mungkin Berminat