Kejayaan Dialog AS-China: Anwar Terima Penghargaan Xi Jinping

Oleh Nadhirah Akmam

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima penghargaan daripada Presiden China, Xi Jinping susulan peranan Malaysia dalam membantu memudah cara rundingan awal perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil selepas Mesyuarat Jemaah Menteri yang membincangkan hasil lawatan rasmi Perdana Menteri ke Korea Selatan sempena Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2025.

Menurut Fahmi, semua sesi pertemuan dan mesyuarat dua hala sepanjang lawatan berlangsung dengan baik, termasuk pertemuan ringkas antara Anwar dan Xi Jinping.

“Dalam pertemuan itu, Presiden Xi menyampaikan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana usaha Malaysia membantu membuka ruang perbincangan awal antara delegasi AS dan China ketika sidang kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur,” katanya dalam sidang media mingguan pada Jumaat.

Lawatan rasmi Perdana Menteri ke Korea Selatan minggu lalu adalah sebahagian daripada agenda diplomasi ekonomi Malaysia, dengan tumpuan kepada pengukuhan hubungan dua hala dan peranan Malaysia sebagai jambatan dialog antara kuasa besar dunia.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat