PM Santuni Komuniti Pasar Semarak, SK Muhibbahraya

TAWAU: Dalam semangat mendekati rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bertemu masyarakat setempat ketika mengunjungi Pasar Semarak dan Sekolah Kebangsaan Muhibbahraya di Kampung Muhibbah, Tawau.

Kunjungan itu bukan sekadar lawatan biasa tetapi mencerminkan komitmen beliau untuk turun padang dan meninjau sendiri keadaan kemudahan awam serta mendengar suara rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat.

“Saya manfaatkan kesempatan ini untuk bertanya khabar, mendengar pandangan mereka dan meninjau kemudahan yang tersedia termasuk yang perlu ditambah baik demi keselesaan dan kesejahteraan semua,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Anwar berkata, kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap keperluan rakyat khususnya berkaitan infrastruktur dan kemudahan asas di kawasan tumpuan.

Beliau menekankan komitmen kerajaan untuk terus memberi perhatian terhadap kemudahan rakyat terutama di kawasan tumpuan setempat bagi memastikan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

Anda Mungkin Berminat