TUMPAT: Banjir di Kelantan makin memburuk dengan mangsa meningkat kepada 7,841 orang setakat 8.18 malam ini.
Laman sesawang info bencana JKM menyatakan Tumpat mencatatkan rekod mangsa banjir paling tinggi iaitu 4,240 di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) diikuti dengan Kota Bharu (2,043), Bachok (1,436) dan Pasir Puteh (122 orang).
Hal yang sama turut berlaku di Terengganu dengan peningkatan mangsa banjir iaitu 376 individu di dua PPS di Besut.
Tiga negeri lain turut dilanda bah iaitu Kulim, Kedah dengan 244 orang, 130 orang di Seberang Perai, Pulau Pinang, 102 orang di Padang Besar, Perlis dan 44 mangsa di Miri, Sarawak.
Baca juga:








