Ruangan komen media sosial PMX dibanjiri ucapan terima kasih

Oleh Nadhirah Akmam

PETALING JAYA: Ruangan komen media sosial Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terus meriah dengan ucapan terima kasih dan sokongan daripada netizen sempena ulang tahun ketiga pentadbiran beliau. Rata-rata pengguna memuji kepimpinan serta ketegasan beliau melaksanakan dasar yang dianggap penting untuk negara.

Antara komen yang menarik perhatian ialah daripada pengguna media sosial, Ahmad Syazihan yang menyifatkan keberanian Anwar sebagai kelebihan utama beliau.

“Kehebatannya buatkan musuh politiknya gentar berhadapan dengan hujah. Teruskan mengangkat agenda rakyat PMX Anwar Ibrahim,” katanya di ruangan komen.

Pengguna media sosial lain, Rashid Samad, mendoakan agar Anwar kekal memimpin Malaysia dalam penggal penuh.

“Selamat menyambut ulang tahun ketiga sebagai Perdana Menteri Malaysia. Teruskan sampai cukup 5 tahun dan sambung penggal kedua,” tulisnya.

Dalam komen berasingan, Zafran Adi menekankan keperluan integriti dalam kepimpinan negara.

“Di saat semua fikirkan harta, kita perlu fokus pada integriti. Harap PMX terus pimpin dengan telus, untuk generasi akan datang. Tak nak sejarah berulang lagi,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Nasir Othman memuji keteguhan prinsip Anwar sebagai pemimpin.

“PMX terbaik. Masih jujur dan teguh dengan prinsip perjuangan,” tulisnya ringkas.

Untuk rekod, sokongan dalam talian terhadap Anwar meningkat setiap kali ulang tahun pentadbiran beliau sejak kerajaan perpaduan dibentuk pada 2022. Media sosial sering menjadi ruang bagi rakyat menzahirkan pandangan terhadap hala tuju negara dan kepimpinan sedia ada.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat