‘Buat Yang Terbaik’, Pesan Fadhlina Kepada 413,372 Calon SPM 2025

KUALA LUMPUR: Seramai 413,372 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 di seluruh negara pada Selasa memulakan peperiksaan bertulis.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dalam pesanan ringkasnya menzahirkan doa dan harapan agar semua calon dapat memberikan yang terbaik sepanjang tempoh peperiksaan.

“Selamat menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 kepada anak-anak semua.

“Buat yang terbaik. Semoga kejayaan menjadi milik anak-anak semua,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya.

Untuk info, Peperiksaan bertulis SPM 2025 berlangsung bermula 25 November hingga Disember, selepas calon selesai menduduki ujian bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta amali sains pada awal bulan ini.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), jumlah calon tahun ini melibatkan pelajar dari sekolah menengah kebangsaan, sekolah swasta, calon persendirian serta calon tajaan agensi tertentu.

Pelaksanaan peperiksaan turut berdepan cabaran apabila sebahagian kawasan di pantai timur dilanda banjir, namun KPM telah mengaktifkan pelan kontingensi termasuk pemindahan calon ke pusat peperiksaan alternatif bagi memastikan semua pelajar dapat menduduki peperiksaan dengan selamat.

Anda Mungkin Berminat