MOTAC Tegaskan Pewartaan Tapak Warisan Bukan Penyerahan Hak Milik

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menafikan dakwaan tular menerusi video berkaitan pewartaan tapak warisan di Sabah sebagai Tapak Warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].

Jabatan Warisan Negara (JWN) di bawah MOTAC dalam satu kenyataan menegaskan bahawa pewartaan tapak warisan tidak bermaksud penyerahan hak milik kepada Kerajaan Persekutuan, sebaliknya ia merupakan langkah pengiktirafan dan perlindungan tapak tersebut di bawah undang-undang.

“Seksyen 69 Akta 645 memperjelas bahawa mana-mana Warisan Kebangsaan yang dimiliki individu atau pihak selain Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri tetap berada dalam milikan pemunya, penjaga, atau pemegang amanah,” menurut kenyataan itu pada Khamis.

MOTAC memaklumkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah pada Januari 2019 telah menarik balik surat keizinan PBN untuk menetapkan tapak-tapak warisan di negeri itu. Jabatan Warisan Negara juga tidak meneruskan pewartaan tapak-tapak berkenaan.

“Pewartaan tapak warisan bukan penyerahan hak milik, tetapi langkah pengiktirafan dan perlindungan di bawah undang-undang,” kata kenyataan itu lagi.

Orang ramai dinasihatkan agar merujuk maklumat rasmi daripada MOTAC bagi mengelakkan salah faham berkaitan pewartaan tapak warisan di Sabah.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat