21 November sebagai Hari Televisyen Sedunia

Pada tanggal 21 November setiap tahun adalah merupakan Hari Televisyen Sedunia.

Tujuan Hari Televisyen Sedunia diadakan adalah bagi memperingati tarikh Forum Televisyen Sedunia yang pertama kali diadakan pada tahun 1996.

Sejarah tercipta apabila pada 21 dan 22 November 1996, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menganjurkan Forum Televisyen Dunia yang pertama.

Di mana, forum ini menyaksikan pertemuan selebriti media dari seluruh dunia di bawah naungan PBB.

Terdapat banyak perbincangan mengenai impak televisyen terhadap dunia dalam forum ini. Selain itu, mereka turut membincangkan sumbangan dan kepentingan televisyen dalam mengubah masyarakat global.

PBB menganggap televisyen sebagai sumber pendidikan dan hiburan yang positif serta sebagai medium yang mendukung kebebasan untuk berekspresi dan mempromosikan kepelbagaian budaya.

PBB juga sedar bahawa televisyen memainkan peranan penting dalam menyuarakan isu-isu global yang mempengaruhi masyarakat.

Hasil dari perbincangan tersebut, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) telah mengumumkan 21 November sebagai Hari Televisyen Sedunia untuk memperingati peristiwa tersebut.

Baca lagi:

Anda Mungkin Berminat