Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2026

Oleh: Tyah Helmi

PARLIMEN | Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan iaitu Belanjawan 2026 berjaya diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Isnin setelah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Oktober lalu.

Kelulusan itu diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul di Sidang Parlimen, Dewan Rakyat pada Isnin selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Difahamkan, Rang Undang-Undang berkenaan diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti oleh 120 Ahli Parlimen yang menyatakan setuju dengan RUU tersebut pada bacaan kali ketiga dengan 67 mengundi sebaliknya.

Manakala 35 lagi ahli tidak hadir dan seorang tidak mengundi.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2026, selepas dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Oktober lalu.

Rang undang-undang berkenaan diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum ke Parlimen untuk pembentangan Belanjawan 2026 Malaysia MADANI. 10 OKTOBER 2025. IZZUDDIN ABD RADZAK/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the visual or facts mentioned in the caption. Reuse of the videos may require further permission. MANDATORY CREDIT –

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, mengumumkan kelulusan itu selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Pada 4 November lalu, Dewan Rakyat meluluskan RUU Perbekalan 2026 pada peringkat dasar selepas undi belah bahagian.

Sejumlah 120 Ahli Parlimen mengundi bersetuju dengan RUU berkenaan untuk diluluskan pada bacaan kali kedua, dengan 67 mengundi sebaliknya, manakala 35 ahli tidak hadir seorang tidak mengundi.

Pada 4 November yang lalu, Dewan Rakyat telah meluluskan RUU tersebut pada peringkat dasar setelah ia dibahaskan bermula dari 13 Oktober yang lepas.

Untuk rekod, Belanjawan 2026 merupakan belanjawan keempat yang berada di bawah Kerajaan Madani dan yang pertama di bawah kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Dengan bertemakan “Belanjawan Rakyat”, ianya memperuntukkan sebanyak RM470 bilion perbelanjaan awam merangkumi RM388.2 bilion perbelanjaan mengurus dan RM81 bilion Pembangunan.

Selain itu, sebanyak RM30 bilion buat pelaburan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, manakala RM10 bilion buat awam swasta serta RM10.8 bilion untuk syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan.

Belanjawan 2026 adalah belanjawan keempat di bawah Kerajaan MADANI dan yang pertama dilaksanakan di bawah kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat