Aliff Raqib Tewaskan Ramadan Ondash

BANGKOK: Petarung muaythai sensasi Malaysia-Thailand, Aliff Raqib sekali lagi membuktikan kehebatannya di pentas antarabangsa apabila menundukkan lawan dari Lubnan, Ramadan Ondash dalam aksi kategori Strawweight ONE Fight Night 38 yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok.

Kemenangan penuh bergaya itu menambah rekod cemerlang Aliff yang kini semakin hampir ke arah perebutan tali pinggang kejuaraan dunia ONE Championship.

Pertarungan sengit tiga pusingan menyaksikan Aliff tampil dengan kawalan gelanggang yang mantap, serangan agresif serta ketahanan fizikal luar biasa, sekali gus menafikan peluang Ramadan untuk bangkit.

Sorakan penyokong Malaysia yang hadir di Bangkok turut membakar semangat Aliff, menjadikan kemenangan itu bukan sahaja kejayaan peribadi tetapi juga kebanggaan negara.

Kejayaan menewaskan Ramadan Ondash melengkapkan perjalanan ‘road to championship belt’ buat Aliff, yang kini dilihat sebagai pencabar utama dalam kategori strawweight Muay Thai.

Anda Mungkin Berminat