Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN Ditangguh, Fokus Reda Ketegangan Kemboja-Thailand

KUALA LUMPUR: Wisma Putra mengesahkan bahawa Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN berhubung ketegangan sempadan antara Kemboja dan Thailand yang dijadualkan berlangsung pada 16 Disember telah ditangguhkan kepada Isnin, 22 Disember 2025.

Penangguhan itu dibuat atas permintaan Thailand bagi memberi ruang kepada koordinasi lanjut sebelum pertemuan penting tersebut.

Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN, akan mempengerusikan mesyuarat khas itu yang akan dipengerusikan oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan dan dijangka menjadi platform utama bagi meredakan ketegangan di sempadan kedua-dua negara.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul pada 11 Disember, yang membawa kepada persetujuan untuk mengadakan mesyuarat khas ASEAN.

Malaysia menekankan bahawa mesyuarat itu penting untuk mengelakkan konflik berlarutan dan memastikan ASEAN memainkan peranan sebagai mekanisme diplomasi serantau.

Walaupun terdapat laporan mengenai persetujuan gencatan senjata sementara, keadaan di sempadan masih tegang dan memerlukan pemantauan rapi.

Mesyuarat khas ASEAN dijangka membincangkan langkah diplomatik termasuk mekanisme pemantauan bersama serta menyeru kedua-dua pihak menghentikan pertempuran demi kestabilan serantau.

Anda Mungkin Berminat