Agong Terima Menghadap Anwar, Bincang Hal Semasa

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam satu pertemuan di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada Selasa.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran ringkas di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Shah.

“Yang di-Pertuan Agong terima mengadap Perdana Menteri.

“KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.

“Pertemuan Perdana Menteri bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari ini iaitu 16 Disember,” menurut kenyataan itu.

Difahamkan, pertemuan tersebut bukan sahaja membincangkan hal-hal semasa, malah turut berlangsung dalam suasana mesra antara Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri.

Anda Mungkin Berminat