BANGKOK: Gandingan boling negara, Muhammad Rafiq Ismail dan Muhammad Syazirol Shamsudin, menghadiahkan pingat emas kepada Malaysia selepas menjuarai acara berpasangan lelaki pada Sukan SEA Thailand 2025, pada Selasa.
Beraksi cemerlang di Blu-O Rhythm & Bowl, Major Cineplex Ratchayothin, pasangan negara itu menewaskan wakil tuan rumah, Lapasdanai Chusaeng dan Vilinkorn Kledkaew, dengan keputusan 470–435 pada aksi final.
Kemenangan itu hadir selepas Rafiq–Syazirol menampilkan aksi konsisten sejak pusingan awal, termasuk di separuh akhir apabila mereka mencatat 470 jatuhan pin untuk menyingkirkan pasangan Singapura, Nu’man Syahmi Yusri dan Jomond Chia, yang sekadar mengumpul 419 jatuhan pin.
Sementara itu, satu lagi pasangan negara, Tun Ameerul Luqman Al Hakim Tun Hasnul Azam dan Fan Yew Tsen, terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas tewas kepada pasangan Thailand, Lapasdanai–Vilinkorn, 389–450 di peringkat separuh akhir.
Baca juga:








