AMK: Tuduhan salah laku kewangan perlu bukti kukuh untuk disiasat

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Sebarang pertuduhan yang dilontarkan perlu disokong dengan bukti yang kukuh dan diserahkan kepada pihak berkuasa agar ianya dapat disiasat dengan penuh telus, bebas dan adil.

Menurut Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nabil Halimi, segala pertuduhan yang melibatkan salah laku kewangan adalah perkara serius dan tidak wajar diputuskan melalui kenyataan awam semata-mata.

“Tuduhan sebegini perlu disokong dengan bukti yang kukuh dan diserahkan kepada pihak berkuasa yang berwajib untuk disiasat secara telus, bebas dan adil.

“Jika benar ia berlaku, yang dituduh wajar lakukan laporan polis dalam usaha membersihkan nama beliau,” katanya kepada Malaysia Bangkit.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai tularnya sebuah video rakaman bahawa Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menuduh Presiden Parti Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa telah mencuri duit partinya.

AMK berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang serta integriti dalam politik.

“Kita tidak mahu budaya saling menuduh tanpa proses yang betul terus merosakkan kepercayaan rakyat terhadap ahli politik.

“Jika benar ada salah laku, biarlah undang-undang menentukan. Jika tidak, maka nama dan maruah individu yang terlibat juga perlu dilindungi.

“Kami berharap semua pemimpin politik lebih menumpukan kepada isu rakyat dan masa depan negara, berbanding polemik yang hanya menambahkan kekeliruan dan ketegangan dalam kalangan masyarakat,” katanya lagi.

Dalam pada itu katanya, AMK turut menegaskan bahawa pihaknya sentiasa berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang serta integriti dalam politik.

Tegas beliau, AMK tidak mahu wujudnya budaya yang saling tuduh-menuduh tanpa proses yang betul malah merosakkan kepercayaan rakyat terhadap ahli politik.

“Jika benar ada salah laku, biarlah undang-undang menentukan. Jika tidak, maka nama dan maruah individu yang terlibat juga perlu dilindungi,” ujarnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat