Kerajaan MADANI Pacu Ekonomi Rakyat, Bukan Sekadar Statistik

PETALING JAYA: Malaysia mencatat sejarah baharu apabila jumlah pelaburan yang diluluskan bagi sembilan bulan pertama tahun ini mencecah RM285.2 bilion, melonjak 13.2 peratus berbanding rekod pra-Covid antara 2006 hingga 2020.

Di sebalik angka yang mengagumkan ini, Kerajaan MADANI menegaskan bahawa setiap pelaburan bukan sekadar memacu pertumbuhan ekonomi tetapi harus diterjemahkan kepada manfaat nyata buat rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa pelaburan yang dibawa masuk perlu memberi impak langsung kepada kesejahteraan masyarakat.

“Pelaburan yang dibawa masuk Kerajaan MADANI bukan sekadar memacu pertumbuhan ekonomi tetapi diterjemahkan kepada manfaat nyata buat rakyat.

“Ia mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti, meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan hidup serta membina kuasa ekonomi baharu yang lebih berdaya saing dan inklusif.

“Inilah komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan setiap pelaburan memberi pulangan kepada rakyat, hari ini dan masa depan negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurutnya, daripada jumlah keseluruhan pelaburan, RM150.8 bilion (52.9%) merupakan pelaburan asing (FDI) yang menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 47.5 peratus, manakala RM134.4 bilion (47.1%) adalah pelaburan domestik (DDI) yang kekal kukuh.

Sebanyak 4,874 projek telah diluluskan, membuka ruang kepada penciptaan ribuan peluang pekerjaan dan pembangunan industri berimpak tinggi.

Anda Mungkin Berminat