Lawatan Khas Agong Kukuh Kerjasama Strategik Malaysia–UAE

ABU DHABI: KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) merangkap Pemerintah Abu Dhabi, Yang Amat Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan pada Selasa.

Pertemuan bersejarah itu menjadi landasan baharu bagi memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–UAE, sekali gus mencerminkan semangat saling menghormati antara kedua-dua negara.

Titah Seri Paduka Baginda, pertemuan tersebut membuka ruang kerjasama yang lebih berpandangan jauh dan strategik khususnya dalam bidang ekonomi, pelaburan serta keterjaminan makanan.

“Kami juga berkongsi pelbagai perkara lain termasuk melihat usaha untuk mengeratkan lagi kerjasama antara Malaysia dan UAE dalam bidang pertahanan,” titah Seri Paduka Baginda.

Pertemuan empat mata antara Sultan Ibrahim dan Sheikh Mohamed berlangsung hampir satu jam di Istana Qasr Al Bahr, Abu Dhabi.

Ia diadakan bersempena lawatan khas Seri Paduka Baginda ke UAE atas jemputan rasmi Presiden negara itu.

Anda Mungkin Berminat