Oleh: Liyana Marzuki
ULASAN | Kes 1MDB ialah kes rasuah paling besar yang pernah ada. Malah, DOJ (Jabatan Keadilan) Amerika nyatakan ia kes kleptokrasi terburuk yang mereka pernah saksikan.
Dari mula, bagi ramai pengamal undang-undang tahu kesnya kuat. Bila kes AMLA (penggubahan wang haram), yakni kesalahan salah guna kuasa didakwa. Aliran wang/ money trail jadi kekuatan utama.
Jika aliran wang itu tidak boleh disangkal. Dan tiada alasan konkrit untuk jelaskan, 80 peratus kes itu akan melekat.

Ini yang terjadi dalam kes 1MDB. Aliran tunai RM2.3 bilion ke akaun bank peribadi bekas Perdana Menteri tidak disangkal langsung. Ia mengaku duit masuk ke dalam akaunnya dan dibelanjakan.
Dibelanjakan bukan untuk pembangunan negara ya. Rekod aliran tunai menunjukkan untuk perbelanjaan peribadi dan keluarga. Termasuk bercuti di luar negara. Banyak dibelanjakan untuk isterinya juga.
Sebahagiannya lagi untuk pemusatan kuasa.
Duit dana awam berbilion ini dicampak-campak untuk ahli parti dan penyokong tegar. Diagih-agih untuk kepentingan politik. Termasuk membayar propagandis dan pasukan media. Itu semua jelas dalam bukti dan fakta kes yang ada.
Money trail dan bukti PM berbelanja duit rakyat ini langsung tak disangkal dan dipatahkan.
Maknanya, dana masuk dan keluar akaun peribadi Perdana Manteri, Lawyer Shafee tak sentuh malah mengakui.
Tu dah tanda nak masuk penjara sebelah kaki.

Next, apa alasan yang diberi?
Ironinya, dalam kes 1MDB. Tiada lagi naratif ‘direct’ Najib ‘claim’ dia ditipu Jho Low. Lain bunyi dari kes SRC.
Dalam kes 1MDB, pembelaaan bertukar taktik. Mereka salahkan pula semua Pegawai dan Penasihat Najib. Katanya, mereka semua subahat nak kenakan dia. Pegawai 1MDB, MOF dan Bank Negara. Termasuk SUSK nya sekali. Yang telah meninggal dunia dan orang kenal dia sebagai cukup setia.
Kita tahu mengaku ditipu Jho Low itu kesilapan terbesar dalam kes SRC. Mereka belajar.
Kalau mereka kata Jho Low menipu Najib, Makanya kisah derma Arab pun tak boleh diguna. Itu dah jadi fakta bercanggah.
Kalau betul Najib ditipu, maknanya dia akui Jho Low buat scam tipu 1MDB. Duit masuk betullah duit 1MDB. Nak kata derma Arab macam mana lagi?
Itu bukan saja kesilapan yang ada.
Kesilapan sebenar team Najib ialah pembelaan dibuat bukan untuk Mahkamah sebenar. Tapi mahkamah pandangan awam. ‘Court of public opinion’.
Nampak gah lah di luar, tapi di dalam Mahkamah nilai buktinya rendah.
Contohnya, alasan derma Raja Arab dicanang di luar Mahkamah dengan ada video dari Menteri Arab. Ada bukti SPRM jumpa wakil Istana.
Tapi dalam Mahkamah, video tidak dijadikan bukti, tiada surat rasmi dari Menteri. Tiada langsung usaha nak dapat bukti dari saluran rasmi.
Malah kenyataan SPRM juga di spin. Pegawai SPRM dalam Mahkamah katakan yang beliau sendiri tak puas hati dengan pertemuan dengan “wakil Raja Arab”. Tiada profiling diberi. Dan yang jumpa dia bukan Putera Arab pun. Setakat pembantu Jho Low dan Peguam.
Itu tiada pula mereka uar-uarkan. Yang team socmeds Najib dok ulang SPRM dah jumpa dah.

Pembelaan Najib Razak shallow sekali.
“Saya tidak tahu”
“Saya tidak semak”
“Saya ikut je nasihat Pegawai, mereka yang salah”.
Isunya yang berbelanja mewah Dana 1MDB ini bukan Pegawai 1MDB, Pegawai MOF atau Bank Negara ya. Dana bukan masuk ke akaun mereka, masuk ke akaun Perdana Menteri dan dia mengaku dia belanja.
Hakim sangat betul bila mengatakan tidak masuk akal seorang Pemimpin yang punya latar belakang akademik yang baik dan berpengalaman dalam politik, ditipu sebegitu sekali.
Pada saya, itu tunjukkan, dia tak layak pun jadi Perdana Menteri. Dan ‘tobat lahum’ jangan lah dia diangkat lagi.
Lagi satu, kelemahan nyata Lawyer Shafee. Pembelaan derma Raja Arab diulang tayang walau dalam kes SRC telah ditolak oleh Mahkamah lagi tinggi, lagi sekali. Ini buat Peguam lain tepuk dahi dan di-sound oleh Hakim.
Tunjukkan buat kerja tak clean dalam Mahkamah tapi untuk luar mahkamah, Court of Public Opinion cukup licik.

Semalam, berakhirlah saga 1MDB. Walau ada rayuan lagi malah ada ruang pengampunan, saya tak rasa Najib akan dapat ‘leeway’ seperti SRC. Tambah yang akan naik Sultan Perak dan Selangor. Insha-Allah takkan ada lagi show yang buat kita senak perut.
Apa yang kita belajar?
Bagi pemimpin, perlu beringat AMANAH itu datang sekali dengan kuasa. Sekali anda khianat ia, nescaya kifarah menunggu anda. Tak kira la sumpah laknat banyak mana.
Kalau the invincible Najib Razak boleh dipenjara, apalah sangat pemimpin lain dan keluarga mereka. Makanya, perlu berpada-pada.
Kepada orang parti, kena ingat ini kes yang dekat dengan pengundi PRU14, empat juta pengundi BN bertukar arah sejak 2011. Tumbang anda PRU14 lalu sebahagian besarnya kerana Najib Razak dan 1MDB.
Pemimpin datang dan pergi, dan patutnya pejuangan parti kekal berdiri sendiri. GAP memerhati apa tindakan anda nanti. Sama ada meroyan atau menjauhi.

Kepada Rakyat biasa. Pengajaran bagi kita juga.
Parti politik come and go. Tetapi Negara kekal di sini.
Yang kita pertahankan bukan parti. Tapi keutuhan Institusi.
Kita perlu lindungi Instutisi Raja Perlembagaan dan Institusi Kehakiman. Mereka bukan bersifat partisan. Sesungguhnya ia benteng terakhir untuk Rakyat.
Moga Tuhan jadikan ini tauladan untuk semua. Moga zaman anak-anak kita nanti, Malaysia akan perolehi pemimpin ikhlas dan berwawasan. Bukan untuk partinya sahaja, tapi untuk negara dan masa depan.

The 14 years saga just ends.
Heal Malaysia heal… the world is watching us.
Doakan sikit masa lagi, Negara akan pulih sepenuhnya
Ini suara rakyat yang tidak taksub pada pemimpin atau parti, tetapi setia pada negara dan institusi.
***Penulis adalah aktivis politik dan sentiasa berkongsi pandangannya mengenai politik di media sosial








