Keberanian reformasi cipta kestabilan kerajaan hari ini – PM Anwar 

PETALING JAYA: Kejayaan Kerajaan MADANI hari ini adalah hasil kestabilan dasar, keberanian reformasi dan kepercayaan rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata ekonomi negara terus diperkukuh melalui pelaburan berkualiti, penciptaan peluang pekerjaan dan agenda pertumbuhan yang inklusif. 

“Malah, di peringkat antarabangsa, hubungan antara kerajaan, pelbagai negara, kumpulan pemimpin, membuka ruang pelaburan strategik serta memperkukuh kedudukan Malaysia di mata dunia.

“Segala pencapaian ini bukan sekadar angka dan statistik, tetapi diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk rakyat, daripada kesejahteraan keluarga, peluang ekonomi baharu, hingga jaminan masa depan yang lebih berdaya tahan,” katanya menerusi Facebook pada Ahad.

Anwar menambah dengan sokongan padu keluarga, sahabat dan rakyat Malaysia, beliau percaya Kerajaan MADANI akan terus melangkah ke hadapan.

“… berkhidmat dengan amanah, dan membina negara yang adil, makmur dan berdaya saing untuk semua,” katanya.

Pada Jumaat, ringgit meneruskan momentum pengukuhannya dengan mencecah lagi paras tertinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh lima tahun di tengah-tengah minggu urus niaga yang singkat.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat