KANGAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah, 57, dilantik sebagai Menteri Besar Perlis ke-12.
Ia selepas Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis itu selesai mengangkat sumpah jawatan pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perlis pada 4.04 petang ini yang berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, di Bilik Hijau, Istana Arau, pada Ahad.
Abu Bakar yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Perlis, memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan majoriti 1,254 undi.
Sebelum ini, nama Abu Bakar disebut-sebut bakal menggantikan Mohd Shukri berdasarkan ketokohan dan kepimpinan beliau yang dicapai khususnya dalam pembangunan pelancongan negeri.
Media sebelum ini melaporkan, lapan ADUN Perlis menandatangani akuan bersumpah (SD) berikutan hilang sokongan terhadap Mohd Shukri sebelum Shukri kemudiannya meletakkan jawatan pada Khamis lalu.
Baca juga:








