Fahmi tegur penyebar fitnah TikTok ditutup

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, menegur seorang pengguna media sosial supaya menghentikan penyebaran dakwaan tidak sahih yang mengaitkan dirinya dengan isu penutupan TikTok di Malaysia.

Teguran itu dibuat menerusi hantaran di media sosial selepas tular satu dakwaan palsu kononnya Fahmi menyatakan bahawa TikTok Malaysia bakal ditutup kerana merugikan negara.

“Harap Shafinas Abu Bakar insaf. Jangan jadikan fitnah makanan ruji harian,” tulis Fahmi dalam hantaran itu.

Kenyataan itu susulan penafian oleh Buletin TV3 yang menegaskan bahawa dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan Menteri Komunikasi tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang didakwa.

Menurut berita itu, tangkapan layar yang tersebar bukan dikeluarkan oleh mereka, sebaliknya direka dan dikongsikan oleh individu tidak bertanggungjawab di media sosial.

Difahamkan, laporan polis telah dibuat berhubung penyebaran kandungan palsu berkenaan, manakala Fahmi turut berkongsi hantaran tersebut bagi memberi penjelasan kepada orang ramai.

Kes berkenaan sekali lagi menimbulkan kebimbangan terhadap penyebaran fitnah dan maklumat palsu di media sosial yang boleh mengelirukan masyarakat.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat