Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah mengumumkan bahawa kerajaan negeri itu mengisytiharkan esok cuti peristiwa sempena Karnival Sambutan Tahun Baharu 2026.
Abu Bakar pada sidang media petang Rabu berkata, pengumuman itu dibuat selepas mendapat perkenaan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
“Adalah dimaklumkan setelah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis, Kerajaan Negeri Perlis dengan ini berbesar hati mengisytiharkan Hari Khamis, 1 Januari 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa,” katanya.
Menurut beliau, pemberian cuti peristiwa itu merupakan satu bentuk penghargaan buat seluruh penjawat awam dan rakyat Negeri Perlis yang menjayakan Karnival Sambutan Tahun Baru 2026 peringkat Negeri Perlis yang akan diadakan pada 31 Disember 2025.
Sehubungan itu katanya, pengumuman itu diharapkan dapat memudahkan segala urusan semua rakyat untuk hadir menjayakan karnival ini dan mengatur segala perancangan sebaiknya.
Menurut beliau, pengisytiharaan cuti terbabit adalah selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).
Sebelum ini media melaporkan, Karnival Sambutan Tahun Baharu 2026 peringkat Perlis dijangka menjadi antara acara utama membabitkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dan agensi kerajaan serta swasta.
Baca juga:








