NEW YORK: Datuk Bandar baharu Bandar Raya New York, Zohran Mamdani melafazkan sumpah dengan meletakkan tangannya di atas kitab suci al-Quran ketika pelantikannya.
Anggota Parti Demokrat itu pemimpin beragama Islam pertama bagi bandar terbesar Amerika Syarikat (AS)
“Ini benar-benar satu penghormatan dan keistimewaan terbesar dalam hidup saya,” kata Mamdani dalam ucapannya seperti dipetik MailOnline pada Jumaat.
Majlis tersebut yang dikendalikan oleh Peguam Negara Negeri New York, Letitia James, berlangsung di stesen lama Dewan Bandar Raya. Ia merupakan salah satu hentian kereta api bawah tanah terawal bandar raya itu yang terkenal dengan siling melengkungnya.
Beliau kini menjadi antara ahli politik yang paling mendapat perhatian di AS selepas memenangi pilihan raya dengan 50.78 peratus undi, kelebihan lebih 9.4 mata peratusan berbanding pencabar terdekatnya, Andrew Cuomo.
Baca juga:








