Agong Terima Menghadap Ketua Setiausaha Negara

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu pertemuan di Istana Bukit Tunku, hari ini.

Dalam pertemuan itu, Seri Paduka berkenan dipersembahkan taklimat mengenai isu-isu semasa perkhidmatan awam termasuk usaha memperkasa tatakelola serta pengukuhan urus tadbir negara.

Sultan Ibrahim turut menzahirkan nasihat kepada seluruh penjawat awam supaya sentiasa mengekalkan integriti dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab demi kepentingan rakyat dan negara.

Seri Paduka Baginda bertitah, penjawat awam merupakan tunjang utama kepada pentadbiran negara serta memainkan peranan penting dalam memastikan dasar dan perancangan kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Baginda juga menekankan kepentingan budaya kerja yang berteraskan nilai kejujuran, ketelusan dan kecekapan, selain menolak sebarang bentuk salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan yang boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap institusi awam.

Pertemuan berkenaan berlangsung pada 8 Januari di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat