Exco Selangor Akan Menghadap Sultan Terkait Isu Penternakan Babi

SHAH ALAM: Isu penternakan babi di Selangor kembali menjadi perhatian apabila Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri, Datuk Ir Izham Hashim, dijadualkan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pada Isnin.

Pertemuan itu bertujuan memberi penjelasan mengenai keputusan kerajaan negeri untuk mengetatkan syarat operasi industri penternakan babi termasuk aspek kebersihan, pengurusan sisa dan kawalan pencemaran.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah tersebut diambil bagi memastikan penternakan dijalankan secara lebih terkawal dan tidak menjejaskan kesejahteraan masyarakat sekitar.

“Izham akan memberikan kemas kini dan butiran mengenai keputusan kerajaan negeri untuk memperketat syarat operasi industri penternakan babi,” katanya dalam satu kenyataan.

Sultan Sharafuddin sebelum ini menolak cadangan kerajaan negeri untuk memusatkan penternakan babi berskala besar di Bukit Tagar, Hulu Selangor.

Baginda menegaskan bahawa cadangan itu ‘tidak perlu dan tidak sensitif’ memandangkan majoriti penduduk Selangor adalah muslim.

Walau bagaimanapun, Baginda mengakui penternakan babi secara kecil-kecilan dan terkawal masih diperlukan bagi memenuhi keperluan masyarakat bukan Islam.

Anda Mungkin Berminat