Program ‘Glamping with Pride’ Dibatalkan

KUALA LUMPUR: Pertubuhan JEJAKA mengesahkan program ‘Glamping with Pride’ dibatalkan berikutan ancaman keselamatan yang disifatkan serius dan membimbangkan sejak beberapa hari lalu.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, JEJAKA memaklumkan perubahan drastik itu selepas kenyataan awal dikeluarkan pada 9 Januari lalu, apabila pemilik lokasi menarik balik tempahan atas faktor keselamatan.

Menurut kenyataan itu, pihak penganjur turut menerima pelbagai ancaman termasuk ugutan bunuh dan keganasan melalui media sosial.

“Pembatalan program dibuat bagi melindungi keselamatan peserta susulan penyebaran maklumat mengelirukan serta retorik tidak bertanggungjawab yang mencetuskan kebimbangan awam,” kata kenyataan itu.

Pertubuhan berkenaan turut melahirkan kekecewaan terhadap beberapa kenyataan pihak tertentu yang didakwa gagal meredakan keadaan, malah memburukkan situasi sehingga wujud ancaman keganasan.

Terdahulu, penduduk Hulu Langat membuat laporan polis terhadap penganjuran program perkhemahan didakwa berunsur pergaulan songsang yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat