WALAUPUN konsert Tenxi & Naykilla sudah seminggu berlalu, aura kemeriahannya masih terasa apabila netizen terus memperkatakan betapa ‘enjoy’ dan berjayanya acara tersebut.
Konsert yang diasaskan oleh Icon Entertainment, Iman Tang itu berlangsung pada 10 Januari lalu di Zepp Arena Kuala Lumpur dan berjaya mencatatkan ‘full house’ dengan kehadiran peminat yang membanjiri lokasi sejak awal.
Menjengah ke media sosial, rata-rata penonton tidak lokek berkongsi pengalaman masing-masing dengan majoriti meninggalkan maklum balas positif.
Ada yang memuji susunan lagu, ada juga yang teruja dengan tenaga luar biasa kedua-dua penyanyi itu di atas pentas.
Antara yang mencuri perhatian ialah perkongsian artis tempatan Mimilana yang meluahkan rasa bangga dan teruja selepas menghadiri konsert berkenaan.
Menerusi aplikasi Threads, dia menulis:
“Doing Gen Z things like I’ve been doing this my whole life. The energy was INSANE. So proud of @imantang75 for making this happen. Hip-dut era archived!”
Perkongsian dari Thread oleh @Natasyanabila turut memuji pemilihan lagu yang dianggap ‘ngam dengan jiwa peminat’. Antara lagu yang menjadi kegemaran termasuk Garam dan Madu, Puting Beliung, Selingkuh, Berubah, Apalagi, Attached dan Coba Lagi.
Di TikTok pula, ruangan ‘ For Your Page’ (FYP) dipenuhi video konsert yang memperlihatkan suasana penuh hype, dengan ramai netizen mengakui konsert itu antara yang paling seronok pernah mereka hadiri.
Paling mencuri tumpuan apabila pempengaruh terkenal Kasih Iris Leona membuat kemunculan mengejut bagi menyambut hari lahir Tenxi. Malah, Leona turut memuat naik video bersama Naykilla yang memperlihatkan keakraban mereka, sekali gus mengundang reaksi positif netizen.
Baca juga:








